Tuesday 31 January 2012

story line


CIRI-CIRI LAMAN WEB
 
  1. Menyediakan pernyataan perkataan laman web rasmi.
  2. Meletakkan jata pada muka hadapan laman web dan muka-muka lain mengikut keperluan dan kesesuaian.
  3. Meletakkan logo rasmi agensi sekiranya ada pada laman web.
  4. Menyediakan pernyataan pengenalan agensi.
-          Maklumat memperkenalkan agensi
-          Maklumat pentadbiran
-          Maklumat lokasi
-          Maklumat kemudahan yang disediakan
  1. Memaparkan dasar-dasar utama agensi.
  2. Memaparkan piagam pelanggan agensi.
  3. Menyatakan maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
-senarai perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh agensi.cth:pengeluaran lesen atau permit.
-kelulusan permohonan
  1. Menyediakan maklumat untuk dihubungi seperti no.tel, no faksimile, alamat e-mail agensi untuk memudahkan pengguna berhubung dengan agensi.
  2. memaparkan soalan-soalan lazim yang kerap diajukan oleh organisasi awam berserta dengan jawapan
-isu-isu semasa yang berkaitan dengan agensi
-prosedur-prosedur untuk mendapatkan perkhidmatan agensi atau bayaran yang dikenakan
-masa yang diambil oleh agensi dalam menyampaikan perkhidmatan.
  1. Menyediakan kemudahan kepada pengguna memberi komen
-maklum balas
-cadangan-cadangan dan pertanyaan kepada agensi melalui web
  1. Menyediakan fungsi luput secara automatik bagi maklumat yang mempunyai tempoh tamat seperti pengiklanan tenser dan perkhidmatan.
  2. menyediakan keupayaan muat turunseperti muat turun document, borang, klip video,audio dan sebagainya.
  3. Menyediakan kemudahan search engine.
  4. menyediakan kandungan laman web sekurang-kurangnya 2 bahasa (BM & BI).
  5. menyediakan pautan
  6. Menyediakan peta laman web bagi memudahkan pengguna melayari laman web berkenaan.
  7. Menyatakan notis hak cipta sesebuah laman web cth; copyright@(nama agensi).
 
CIRI-CIRI TAMBAHAN YANG DIGALAKKAN

  1. Memaparkan klip audio/video mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan yang  ditawarkan oleh agensi, pengenalan agensi dan sebagainya.
  2. Menyediakan capaian sokongan(support link)seperti
-maklumat bantuan
-pandangan pengguna laman web.


Monday 30 January 2012

Tugasan 1
1.sjkt-keruh.blogspot.com/2010 (SJKT Pangkalan Hulu).Keunikan blog ini ialah maklumat-maklumat yang terdapat dalam blog ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu,terdapat banyak informasi yang berkaitan dengan pendidikan untuk manfaat pelajar, guru dan ibu bapa.Tambahan pula terdapat soalan gerak gempur UPSR,soalan percubaan UPSR dari seluruh Malaysia.Terdapat juga maklumat blog-blog surat khabar tempatan.Bahagian Translater (Kamus) untuk pelbagai bahasa.Muzik untuk Brain Concentration Exercise, National Geographic Channel dan sebagainya.

2.sjkcshihchung.blogspot.com. Terkandung di dalam blog ini mengenai sejarah sekolah, peta lokasi sekolah, panduan pelawat sekolah, rekod pencapaian sekolah dan kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.Juga terdapat maklumat kemudahan-kemudahan sekolah.
 
3.sraibb.blogspot.com(Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi).Ruangan berkongsi idea, isu, pandangan bersama warga sekolah seperti pelajar.guru dan ibu bapa.Berita mengenai kesesakan lalu lintas pada waktu puncak untuk menyenangkan ibu bapa menghanatar dan mengambil anak-anak mereka.kata-kata hikmat dan nasihat turut terkandung dalam blog ini.

 4.skgeting.blogspot.com. Terkandung dalam blog ini Portal NKRA KPM,maklumat-maklumat sekolah Fanclub sekolah.

5.sjkckeowmin.blogspot.com.Terdapat gambar-gambar mengenai aktiviti-aktiviti sekolah seperti Pesta Tanglung, kejayaan sekolah dalam pertandingan Baola Keranjang.





tugasan2

1.Website terbaik www.aism.edu.my Australia International School -Malaysia menjadi pilihan utama saya kerana paparannya yang menarik dengan disertai gambar-gambar yang menonjolkan keunikan sekolah ini dan terdapat pelbagai paparan aktiviti yang didapati di sekolah ini.Di samping itu terdapat maklumat-maklumat yang ringkas 1)mengenai sejarah penubuhan sekolah ini.2)keluasan kawasan sekolah. 3)jumlah enrolment pelajar yang dimiliki.4)Kurikulum yang disediakan dari sekolah rendah sehingga ke menara gading.5)Tenaga pengajar yang mahir,berpengalaman dan kepakaran yang sedia ada.6)Kejayaan sekolah dalam tempoh 10 tahun yang terkini.Maklumat yang disediakan boleh disalin(copy) untuk rujukan.


2.www.mkis.edu.my Mont'Kiara International School (M'KIS) -Malaysia menyediakan maklumat berkaitan pembelajaran sepayat hayat(Life- long learning).

3. www.sriutama.edu.my Sri Utama International school-Malaysia mempunyai paparan maklumat berhubungkait dengan visi  sekolah dan disertai paparan gambar sekolah.
4.www.mis.edu.my Melaka International School mempunyai paparan gambar sekolah dengan maklumat yang kurang terperinci.
5.www.gardenschool.edu.my Garden International School-Malaysia memiliki paparan gambar sekolah dan maklumat.

Sunday 29 January 2012